Thursday, April 26, 2012

LATIHAN 2 MINGGUAN AGEN PEMGEMBANGAN BAGI TAJUK SKIM PENGESAHAN BENIH PADI DAN TAKLIMAT BENIH PADI CLEAR

hari khamis berkursus di sungai burong.. go with my husband n en.azmi...hehehe.. dtang2 terus sarapan mcm biase lah. Sape dah faham kerja jabatan pertanin tahu lah... Masa sebelum sarapan staf baru Jabatan Pertanian bertanya.
Siti   : Ni nanie ye?
Aku : Yelah kak..saya lah nanie yang tomel-tomel (tomel-tomel aku saja tambah. Jgn marah ye)
 Siti  : Lain lah.
Aku : Lain ke? Yelah sebab berubah dah hormon badan ni. lalalala
Pastu aku pun tinggalkan perbualan sesi perkenalan tu. Aku pergi makan bihun bersama air teh o panas (asyik sungguh). Bihunnya sedap sekali. Pakcik yang buat katering ni biasa dah aku makan kat kedai dia. Memamg masakan dia sedap. Isterinya pun sporting. (dulu pernah kerja di tanjung karang selalu la lepak kat kedai pakcik katering ni).

Dengar taklimat sambil berborak dengan kak rosidah. Tumpuan hilang sekejap ke taklimat sebab ada berita yang kurang enak kak sidah bagi tahu. Dengar punya dengar berita tu aku kecewa dengan sikap seorang hamba ALLAH yang memburukkan orang yang tidak bersalah dengan tanpa bukti. Aku kesal dan kecewa layakkah hamba ALLAh itu digelar manusia. Menuduh dan berkata tanpa bukti tentang keburukkan hamba ALLAH yang lain adalah dosa. Bukan nak bagitahu aku ni baik sangat. Tapi hanya mengingati kisah dulu. Dimana aku dituduh,disalahsangka oleh seseorang dengan hanya mendengar kata keluarga seseorang itu. Menuduh aku tanpa sebab dia ingat aku tidak layak bersuara? Aku bersuara untuk menjelaskan keadaan sebenar. Tapi habuan aku dapat teruk. Aku terima dugaan ini dengan hati tabah untuk jauh dari seseorang itu. Bila diingat hati sakit bila disebut namanya makin marah perasaan aku (YA ALLAH kau buangilah persaan tidak elok itu dari diri hamba mu ni). Aduh sedih dah... Ah!! aku dah malas pikir. Teuskan dengan taklimat tadi di sungai burong....mata makin lama makin mengantuk. Tapi demi en. rizal (pegawai pertanian sg.burong yang beri taklimat) mata di dibuka juga. Alhamdulillah telinga kanan dengar nasib baik telinga kiri kawal supaya jgn taklimat diberi tu keluar...hahaha...(mcm pelik je ayat aku ni). Selesai taklimat makan tengahari pulak.. berselera semua org makan termasuk aku tapi nak menambah lagi xleh dah perut ni nak dipenuhkan (pikir kegemukan je dah la nak kuruskan badan susah).

Selesai makan apa lagi balik lah. Sebelum nak masuk ke kereta (Myhubbie hitam) berborak dulu dengan pegawai-pegawai (semua lelaki, aku je girl..cayalah). Dah selesai berborak dan gelak sampai keluar air mata aku n husband with en. azmi balik ke pejabat husband dulu. hehehe... Selesai... (tak reti nak menulis...lawak je....) Wassalam 

No comments:

Post a Comment