Saturday, December 1, 2012

KESAKITAN DAN KEMARAHAN

Muka masam....?... org menilai kita jika kita buat muka.....tp harini....hati sakit sgt rasenye.....kenape? Punca dialah...hanya ALLAH YANG MAHA esa jew tahu....salah ke kalau aku ade perasaan marah jika org yang kita syg...kita memarahinye....tapi ape kan daya...aku hanya insan biasa yang mampu berdiam sahaja...rasa menyesal dengan kehidupan pun ade....rasa sakit hati pun ade....bukan nak kata ape,...tp tu perasaan aku org paham perasaan aku sedangkan org yang aku syg pun xpaham perasaan aku,,,kenape????? Aku xtahu la....lebih baik aku berdiam diri dari berkata ape2...takut perkataan yang aku akan ucapkan akan memberi kemarahan kepada insan yang kusyg....tp aku diam....biar kemarahan aku reda...tapi kemarahan tu x boleh nak diredakan....rasa nak menitis air mata ni sehingga org tersyg buat aku mcm ni...aku pasrah....hanya kerana BOWLING??? Patut kah perlu perkara ni berlaku????? YA ALLAH.... ampunkanlah dosa ku ini

Tuesday, November 20, 2012

OH BOWLING

Main bowling di space u8 shah alam....

ASSALAMUALAIKUM

Erm...dah lame rasenye x lihat blog sy ni... pagi ni tiba-tiba rasa mcm nak menaip jer...semalam...20.11.2012 genap lah 1 tahun sy berumahtangga dengan suami tercinta.. nak dijadikan cerita (kejutan x menjadi la ni)... semalam balik dari lawatan IAT di HULU LANGAT menaiki bas meteor bas..under jabatan pertanian...... sampai ke tanjung karang... aku turun terus dari bas....pergi melintas jalan nak ambil kereta...6.55 ptg aku sampai....aku patah balik ke kuala selangor mencari kek askrim untuk anyyversery aku dan suami ...bawak kereta 140 km...fuhhhh laju.... dah selesai beli kek...aku balik ke tanjung karang...lepas tu dah nak sampai rumah...aku col adik aku....kat situ dah kantoi dengan suami aku....haiya....lepas tu aku mandi n solat magrib.. Aku : bang masuk bilik kejap boleh? Suami : kenape? Aku : adelah (nampak sgt aku xpandai buat kejutan) Bila dah suami masuk bilik...die gelak2...rupenye die dah tau...kantoi mase aku telefon adik aku..adik aku tercakap menggunakan voleum tinggi...hahahahaha.... NI LA HASILNYE.. dengan lilin 19 batang ....romantik kan?

Monday, July 30, 2012

Cakkkk...!!!!

erm...lame dah x menaip kat blogger ni...hehehehe...just nak say HAI...hehehe

Monday, April 30, 2012

sedih, kecewa dengan segelintir manusia.....

Manusia yang jenis apa jika manusia itu memutar belit cerita benar ke jalan cerita yang dusta belaka. Semoga ALLAH membalas perbuatan terkutuk itu.. Amin... Bersyukur ramai kenalan yang dapat membantu seperti Kak long (kakak ipar), Salasiah (membe ip), Kak Azmina dan Kak Ezzana...thanks bg nasihat kepada seorang hamba yang kuat marah ni. Kalau tidak memang berkedut muka aku ni. Sabar je la kan ....demi bekerja untuk jabatan dan mengurangkan beban suami tercinta...Amin... Mood : Sedih, Kecewa, Menyesal, Marah....

Sunday, April 29, 2012

Teringin....















    mANE LA nak cari kedai TUTTI FRUTTI kat area Klang ni....tak pernah jumpa....someone...help me please...

Aku Dan Suami Ku Yang Ku Cintai Hingga Akhir Hayat Aku



Sweet kan. Suami Isteri yang mencintai satu sama lain..

 Salam Sayang buat suami ku tercinta Mohd Saiful Bahrin. Sayang sentiasa mencitai abg.. (piwwet romantis lak...tapi suami tercinta tiada blogger...hehehe)

Cara Nak Memikat Hati Lelaki





Dibawah ini adalah sedikit cara-cara memikat lelaki yang harus wanita tahu:
1. Sentiasa tersenyum dan jangan bersikap sombong apabila berinteraksi dengan si dia.
2. Pandai memasak adalah ciri-ciri utama mengapa lelaki mudah terpikat dengan anda.
3. Berwatakan menarik (Persenoliti yang mampu mengugat hatinya).
4. Jujur dan sentiasa merendah diri.
5. Lakukan apa yang dia suka dan jangan lakukan apa yang dia tak suka.
6. Mempunyai bentuk badan yang menarik (terpulang kepada individu).
7. Mempunyai tingkah laku yang baik dan lemah lembut.
8. Pandai dalam memainkan peranan sebagai seorang wanita ketika berada disamping lelaki yang anda minati.
9. Jangan terlalu mengongkong.
10. Ketika berinteraksi dengan mereka jangan lupa gunakan bahasa tubuh yang anda ketahui seperti mata dan tangan.
11. Jaga cara pemakaian anda, seksi atau tidak terpulang kepada lelaki yang anda minati.
12. Sering memberikan kad ucapan buat si dia yang kamu minati sebagai rancangan pertama memikat dirinya.
13. Lelaki sukakan wanita yang suka berterus terang tanpa menyembunyikan sesuatu.
14. Apabila berhadapan dengan lelaki yang kamu minati, renung matanya dan tunjukkan sifat humor kamu. Ini adalah taktik untuk memberitahu si dia bahawa kamu boleh didekati tetapi bukan beerti kamu ini perempuan murahan dan mudah didekati.
15. Jangan bersikap selalu jual mahal apabila berada bersama mereka.
16. Bijak menyesuaikan diri dalam apa jua keadaan.
17. Tidak mudah putus asa dan sentiasa berdiri di atas kaki sendiri tanpa meminta pertolongan dari orang lain.
18. Jangan suka bercakap benda yang tidak berfaedah ketika bercakap dengan mereka.
19. Jangan bandingkan ‘dia’ dengan lelaki-lelaki yang pernah kamu kenali.
20. Menjadi temannya ketika dia susah dan senang.
21. Lelaki suka kamu menjadi mendengar yang setia dan tidak suka wanita yang suka membangkang.
22. Yang paling penting lelaki suka dimanjai dengan belaian dan kata-kata yang romantik.
23. Bunyi derapan kasut ketika berjalan juga mampu menarik perhatian lelaki.
24. Lelaki tidak suka jika kamu memakai solekan yang terlalu tebal.
25. Mengetahui bila hari lahirnya.
26. Menghormati dirinya, keluarga dan teman-teman yang rapat dengannya.
27. Bersikap matang dalam tutur-kata dan tingkah laku. Lelaki tidak suka wanita yang bersikap terlalu kebudak-budakan.
28. Agresif.
29. Jangan terlalu teruja ketika bertemu dan berbual dengannya. Contohnya berbual terlalu lama di telefon untuk pengenalan pertama.
30. Jangan terlalu bersikap ‘kelakian’ dan ganas dalam perbualan.
31. Jangan terlalu menunjukkan bahawa kami ini terlalu baik dan sempurna.
32. Jangan perasan bahawa kamu mempunyai paras rupa yang jelita.
33. Sentiasa memegang prinsip sederhana dan tidak boros di dalam perbelanjaan.
34. Bersikap keibuan adalah antara tips yang perlu kamu titik beratkan.
35. Sentiasa bercakap lembut dengan mereka.
36. Ketahuilah mereka ini adalah golongan yang terlalu sensitif dan suka akan kelembutan apatah lagi dari seorang gadis.
37. Kenali siapa dirinya yang sebenar sebelum kamu memulakan langkah untuk memikat.
38. Lelaki sukakan wanita yang suka menjaga kulit. Jangan biarkan wajah kamu dipenuhi jerawat batu.
39. Aset penting bagi kamu untuk memikat lelaki adalah mata, punggung dan gaya langkah kamu yang kemas.
40. Jangan bersikap terlalu kuno.
41. Bertanya khabar sekurang-kurangnya dua kali seminggu agar tali persahabatan dengannya tidak putus begitu sahaja. Mungkin suatu hari nanti sikap kamu yang terlalu mengambil berat mampu menarik perhatiannya.
42. Usia dan bentuk badan bukanlah menjadi ukuran yang penting, tetapi kecerdikan, kejujuran dan tingkah laku yang bersopan-santun.
43. Lelaki sukakan seorang wanita yang beriman dan beragama.
44. Menunjukkan bahawa kamu bukanlah seorang gadis yang mudah dipermainkan.
45. Jangan terlalu merengek dan mengada-ngada.
46. Jangan tunjukkan kelemahan kamu ketika berada di samping lelaki yang kamu minati.
47. Lelaki sukakan wanita yang bijaksana dan matang serta mudah diajak berbincang.
48. Berjaya di dalam apa jua bidang yang kamu ceburi.
49. Tidak terlalu meminta dan jaga tata tertib kamu di meja makan.
50. Jangan terlalu mengada-ngada nanti lelaki akan meluat pula dengan kamu!


SELAMAT MENCUBA....

Rasulullah SAW Sangat Romantis

Kita inginkan suami yang tenang seperti Zikir (Tentang Dhia), yang romantik seperti Seth (Nora Elena) dan penyabar seperti Adam (AdamMaya)… Tetapi kita lupa ikon utama umat Islam yang mengajar erti percintaan yang terunggul dengan sifatnya yang lebih tenang, lebih romantik dan lebih penyabar! Yang dimaksudkan ialah junjungan besar Nabi Muhammad SAW. “Aku mengigit sepotong daging, lalu sisa gigitan itu diambil oleh Nabi SAW, lalu baginda pun mengigitnya pada bahagian yang aku gigit tadi” Nah !!! Betapa romantiknya Rasulullah SAW dengan isteri. Lebihan makanan mereka tidak dijadikan sebagai sesuatu yang menghalang nabi untuk makan dari makanan tersebut. Dengan hadis ini, tauladan yang boleh diambil adalah, bagaimana Nabi SAW telah menjadikan makanan sebagai cara untuk melahirkan perasaan mesra antara suami isteri. Tindakan sebegini juga sebenarnya telah melahirkan perasaan cinta yang teguh. Berjaya meremajakan dan memperhangatkan lagi perasaan sayang, lebih-lebih lagi dalam mengharungi kehidupan rumah tangga yang penuh dengan ujian. Disamping itu juga, tindakan sebegini sebenarnya dapat melahirkan kesetiaan dan keyakinan yang penuh antara kedua suami dan isteri. Ini kerana, ia tergambar melalui perasaan tidak berkira atau tidak merasa jijik dan keji terhadap lebihan makanan dan minuman antara pasangan sehingga menganggap ianya seperti lebihan makanan sendiri. Jika keadaan ini sering berlaku, ia menunjukkan betapa kukuh dan teguhnya perasaan cinta antara dua suami isteri, dan ini juga menjadi bukti nyata bahawa cinta dan sayang yang lahir dari kedua-dua suami dan isteri tersebut adalah cinta yang ikhlas dan sejati. Oleh itu, suami dan isteri sepatutnya menjadikan tindakan Nabi SAW ini sebagai tauladan demi melahirkan perasaan cinta yang tidak hipokrit, lebih-lebih lagi bagi mencari redha Allah SWT.

mEnjaDi IsTeri...

“Hai anakku, kini engkau kan keluar dari sarang di mana engkau dibesarkan. Engkau akan berpindah ke sebuah rumah dan hamparan yang belum engkau kenal dan berkawan pula dengan orang yang belum engkau kenali. Itulah suamimu.”
Jadilah engkau tanah bagai suamimu (taati perintahnya) dan ia akan menjadi langit bagimu (tempat bernaung). Jadilah engkau sebagai lantai supaya ia dapat menjadi tiangnya. Jangan engkau bebani dia dengan pelbagai kesukaran karena itu akan memungkinkan ia meninggalkanmu.
Janganlah engkau terlampau menjauhinya, agar ia tidak melupaimu. Sekiranya dia menjauhimu, maka jauhilah dia dengan baik. Peliharalah suamimu itu dengan baik. Jagalah mata, hidung dan anggotanya yang lain.
Janganlah kiranya suamimu itu akan mencium sesuatu darimu melainkan yang harum. Jangan pula dia mendengar sesuatu darimu melainkan yang enak dan janganlah dia melihatkan melainkan yang indah sahaja pada dirimu.
Kalau wanita ingin menjadi isteri yang baik, dipihak lelaki juga berhasrat memiliki wanita yang begitu. Mereka (para suami ) ingin benar punya isteri yang menyambut kepulangan dari tempat kerja dengan wajah yang manis dan ceria, senyum menawan, pakaian yang bersih dan wangi dan rumahtangga pula berada dalam keadaan bersih kemas dan terurus. Bila mata sedap memandang, tenang dan damailah hati suami.
Bukan itu saja suami juga bercita-cita memiliki seorang isteri yang boleh menjadi penghibur dirinya, boleh berkongsi masalah dengannya, faham apa yang disenangi, tahu mengambil hati suaminya disamping boleh memberi layanan-layanan yang menyenangkan dan mengembirakan suami. Itulah wanita idaman setiap lelaki.
Pendek kata bagaimana lelaki akan dilayani oleh bidadari di syurga kelak begitu jugalah keinginan lelaki berhajatkan layanan dari seorang isteri seorang bidadari rumahtangga. Oleh sebab itu dikatakan rumahtangga yang bahagia itu ialah syurga tentulah ada bidadarinya. Siapa lagi kalau bukan isteri yang solehah yang layak menyandang gelaran bidadari dunia.
Isteri yang solehah akan berusaha memberi wajah jernih pada rumahtangga. Kasih sayang yang lahir adalah hasil dari masing-masing hendak mencari keridhaan Allah, bukannya dorongan nafsu semata- mata. Masing-masing suami isteri meletakkan Allah dan akhirat yang lebih besar dan utama.
Isteri yang solehah tidak terasa hina menjadi pelayan suami, malah sebaliknya rasa bangga dan bahagia kalau boleh melakukan tugas-tugas itu dengan baik dan sempurna. Gembira kerana yakin dengan janji Allah sebagaimana yang disabdakan oleh Rasulullah s.a.w yang bermaksud:
“Apabila seorang perempuan mencuci pakaian suaminya, maka Allah mencatat baginya seribu kebaikan dan mengampuni dua ribu kesalahan dosanya, bahkan segala sesuatu yang disinari oleh matahari memohon ampun baginya serta Allah mengangkat seribu darjat baginya.”
“Wahai Fatimah, setiap wanita yang mengeluarkan peluh ketika membuat roti, Allah akan membina tujuh parit antara dirinya dengan api neraka. Jarak antara parit itu ialah sejauh bumi dangan langit.”
“Wahai Fatimah, setiap wanita yang berair matanya ketika memotong bawang untuk menyediakan makanan keluarganya, Allah akan mencatat untuknya pemberian sebanyak yang diberi kepada mereka yang menangis kerana takutkan Allah.”
Siapa yang tidak mahu kemuliaan ini hanya dengan melakukan tugas yang ringan? Seorang isteri yang solehah akan sentiasa mencari-cari jalan untuk menyenangkan hati suami dan menutupi ruang-ruang untuk menyusahkan dan mencurigakan suami terhadap dirinya. Dia tidak akan membimbangkan suaminya terhadap dirinya.
Maruah dirinya sebagai seorang isteri sentiasa dipelihara dan dijaga kerana itu juga yang menjadi syarat untuk dia mendapat keredhaan Allah dan keselamatan di akhirat nanti. Setiap rumahtangga yang dihuni oleh isteri yang solehah bererti rumahtangga itu telah memiliki perbendaharaan yang termahal di dunia dan di sisi Allah rumahtangga itu mendapat perhatianNya.
Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud : ” Seorang wanita yang solehah itu lebih baik daripada seribu orang lelaki yang tidak soleh dan seorang perempuan yang berkhidmat melayani suaminya selama seminggu maka ditutuplah daripadanya tujuh pintu neraka dan dibukakan lapang pintu syurga dan dia bebas masuk dari pintu mana yang disukainya tanpa hisab.”
Isteri solehah biasanya menjadi milik lelaki yang soleh. Tetapi ada juga ketikanya isteri solehah bersuamikan lelaki yang toleh (jahat). Bolehkan kedamaian dan keamanan wujud dalam rumahtangga bilamana suami kufur dengan Allah dan buruk akhlak terhadap isterinya?.
Isteri yang menghadapi persoalan begini boleh tertekan jiwanya. Ada yang tidak sabar dengan kerenah suami hingga tidak terfikir cara lain untuk menyelamatkan jalan hidup yang dipilihnya melainkan berpisah saja dari suami.
Dalam hal sebegini, si isteri perlu banyak bersabar dan selalu bermunajat pada Allah. Ingatlah mungkin kesusahan yang kita hadapi adalah ujian dari Allah s.w.t. Ada dua maksud Allah mendatangkan ujian iaitu pertamanya ujian itu didatangkan sebagai penghapusan dosa dan keduanya untuk peningkatan darjat disisi Allah.
Jadi jika kita boleh bersabar maka terhapuslah dosa-dosa yang lalu. Sebaliknya tidak mustahil juga itu merupakan peningkatan darjat dari Allah. Kalau tidak diuji, mungkin hati kita akan terpaut benar dengan suami, menyayangi suami lebih dari Allah. Jadi untuk melihat sama ada kita membesarkan suami atau membesarkan Allah maka Allah timpakan ujian itu. Kalau benar hati sayang dan takut pada Allah tentu isteri tidak teragak-agak untuk bertindak membesarkan dan menyayangi Allah daripada suaminya sendiri.
Ingatlah, sejahat-jahat suami kita, tidaklah dia lebih jahat daripada Firaun, sedangkan isteri Firaun, Siti Asiah boleh bersabar menghadapi kesombongan dan keangkuhan Firaun sehinggakan Siti Asiah disenaraikan oleh Allah termasuk di dalam barisan antara wanita-wanita solehah yang dijamin syurga.
Oleh itu kalau suami kita masih belum diberi petunjuk janganlah kita jemu untuk memujuk dan mentarbiah, berlaku baik dan paling penting mohon dan bermunajatlah kepada Allah agar Allah mengubah hatinya untuk tunduk pada perintahNya.
Rasulullah s.a.w pernah bersabda : “Wanita yang taat akan suaminya semua burung-burung diudara, ikan- ikan di air, malaikat di langit, matahari dan bulan semua beristighfar baginya selama mana ia (isteri) masih taat pada suaminya dan diredhai (serta menjaga sembahyang dan puasanya).”

copy n paste :  http://pakarcinta.com/blog/menjadi-isteri/.... sekadar untuk dikongsi bersama...

Muslimah Yang Pemalu..

Saudariku yang semoga dirahmati oleh Allah..
Seperti yang telah kita ketahui bersama, Islam adalah agama yang sempurna dan tiada satu perkara kecil pun yang tidak diatur oleh Islam. Begitu juga dalam hal wanita, Islam juga telah mengaturnya. Islam sangat memperhalusinya dan menempatkan para wanita sesuai dengan kedudukannya.
Dan agama yang mulia ini juga telah mengatur bagaimana adab-adab dalam bergaul, berpakaian, dan sebagainya. Di mana segala yang diperintahkan dan diatur oleh Allah dan Rasul-Nya pasti terdapat maslahah (kebaikan) disebalik itu semua.
Dan segala yang dilarang pasti ada mafsadah (keburukan) baik mafsadah itu murni ataupun mafsadah itu lebih besar daripada maslahah yang diperoleh.
Sungguh sangat menyedihkan sedikit demi sedikit aturan yang telah dibuat oleh Allah dan Rasul-Nya dilanggar oleh anak Adam khususnya kaum Hawa. Di antara fenomena yang kita saksikan bersama, kaum hawa dewasa ini mulai   luntur sifat malunya. Mereka tidak merasa malu bergaul bebas dengan kaum Adam!
Bahkan yang lebih dikesalkan, banyak dari kaum hawa yang berani membuka aurat di hadapan umum!
Bagaimanakah tetapan Islam mengenai sifat malu bagi wanita? Firmankan Allah berikut ini,
Dan tatkala ia (Musa) sampai di sumber air negeri Mad-yan dia menjumpai di sana sekumpulan orang yang sedang meminumkan (ternaknya), dan dia menjumpai di belakang orang banyak itu, dua orang wanita yang sedang menghambat (ternaknya).
Musa berkata: “Apakah maksudmu (dengan berbuat begitu)?” Kedua wanita itu menjawab: “Kami tidak dapat meminumkan (ternak kami), sebelum pengembala-pengembala itu memulangkan (ternaknya), sedang bapa kami adalah orang tua yang telah lanjut umurnya. Maka Musa memberi minum ternak itu untuk (menolong) keduanya.”
- (Al Qoshosh : 23-24)
Lihatlah bagaimana bagusnya sifat kedua wanita ini, mereka malu bersesak-sesak dengan kaum lelaki untuk meminumkan ternaknya. Tidak cukup sampai di situ kemuliaan akhlak kedua wanita tersebut. Lihatlah bagaimana sifat mereka tatkala datang untuk memanggil Nabi Musa ‘alaihis salaam;
Allah melanjutkan firman-Nya,
“Kemudian datanglah kepada Musa salah seorang dari kedua wanita itu berjalan penuh rasa malu, ia berkata, ‘Sesungguhnya bapaku memanggil kamu agar dia memberikan balasan terhadap (kebaikan)mu memberi minum (ternak) kami.”
- (Al Qoshosh : 25).
Dengan penuh rasa malu, wanita memanggil Musa. Sifat yang luar biasa..
Ini menjelaskan bagaimana seharusnya kaum wanita berakhlak dan bersifat malu. Allah menyifatkan gadis yang mulia ini dengan cara caranya yang penuh dengan rasa malu dan terhormat.
Umar bin Khatthab  mengatakan,
“Gadis itu menemui Musa sambil menutupi wajahnya dengan lengan bajunya.” (Tafsirul Qur’anil ‘Azhiim, Ibnu Katsir).
Lihat bagaimana begitu pemalunya wanita-wanita itu! Seharusnya wanita waktu ini mengambil contoh.
Maka wahai para wanita, sadarlah dari kelalaian ini. Kembalilah ke jalan Rabbmu. Janganlah kalian tertipu dengan perangkap, pujukan, dan propaganda syaitan yang ingin mengeluarkan para wanita dari sifat keasliannya.
Dan batasilah pergaulan antara lelaki dan perempuan, jangan sehingga mudah untuk bergaul bebas walaupun sudah memenuhi pakaian yang syar’ie.
Ingatlah syaitan akan selalu menyesatkan anak Adam, sehingga perkara yang baik dianggap jelek akan dibuat samar oleh syaitan sehingga perkara yang terlarang ini (bergaul tanpa batas antara ikhwan dan akhwat) menjadi kelihatan baik dan dianggap biasa.
Hadis dari Usamah bin Zaid,
“Tidak ada godaan yang kutinggalkan yang lebih dahsyat bagi lelaki selain dari godaan para wanita.” – (HR. Bukhari no. 5096 dan Muslim no. 2741)

Kerinduan yang TerpenDam...

Kerinduan akan dirasai oleh seseorang tanpa kita mengetahui.

Inginkan KESIHATAN? KECANTIKAN? Baca Ni..

Sekadar pengetahuan dalam kehidupan...alhamdulillah

30 Fakta Menarik Mengenai Wanita...

1. Bila seorang wanita mengatakan dia sedang bersedih, tetapi dia tidak menitiskan airmata, itu bermakna dia sedang menangis di dalam hatinya.

 2. Bila dia tidak menghiraukan kamu setelah kamu menyakiti hatinya, lebih baik kamu beri dia waktu untuk menenangkan hatinya sebelum kamu menegur dengan ucapan maaf.

 3. Wanita susah untuk mencari sesuatu yang dia benci tentang orang yang paling dia sayangi (karena itu banyak wanita yang patah hati bila hubungannya putus di tengah jalan).

 4. Jika seorang wanita jatuh cinta dengan seorang lelaki,lelaki itu akan sentiasa ada di pikirannya walaupun ketika itu dia sedang bersama dengan lelaki lain.

5. Bila lelaki yang dia cintai merenung tajam ke dalam matanya, dia akan cair seperti coklat!!

6. Wanita memang menyukai pujian tetapi selalu tidak tahu cara menerima pujian.

 7. Jika kamu tidak suka dengan gadis yang menyukai kamu setengah mati, tolak cintanya dengan lembut, jangan berkasar dengannya karena ada satu semangat dalam diri wanita yang kamu tidak akan tahu bila dia telah membuat keputusan, dia akan melakukan apa saja.

 8. Jika seorang gadis sedang menjauhkan diri darimu setelah kamu tolak cintanya, biarkan dia untuk seketika. Jika kamu masih ingin menganggap dia seorang kawan, cubalah tegur dia secara perlahan-lahan.

9. Wanita suka meluahkan apa yang mereka rasa. Muzik, puisi, lukisan dan tulisan adalah cara termudah mereka meluahkan isi hati mereka.

10. Jangan sesekali beritahu kepada perempuan tentang apa yang membuat mereka langsung merasa tidak berguna.

11. Bersikap terlalu serius boleh mematikan mood wanita.

12. Bila pertama kali lelaki yang dicintainya sedang memberikan respon positif, misalnya menghubunginya melalui telepon, si gadis akan bersikap acuh tak acuh seolah-olah tidak berminat, tetapi sebenarnya dia akan berteriak kerana gembira dan tak sampai sepuluh minit, semua kawan-kawannya akan mengetahui berita tersebut.

 13. Sebuah senyuman memberi seribu arti bagi wanita. Jadi jangan senyum sembarangan kepada wanita.

14. Jika kamu menyukai seorang wanita, mulailah dengan persahabatan. Kemudian biarkan dia mengenalimu lebih dalam.

 15. Jika seorang wanita memberi seribu satu alasan setiap kali kamu ajak keluar, tinggalkan dia karena dia memang tak berminat denganmu.

 16. Tetapi jika dalam waktu yang sama dia menghubungimu atau menunggu panggilan darimu,teruskan usahamu untuk memikatnya.

 17. Jangan sesekali meneka apa yang dirasakannya. Tanya dia sendiri!!

 18.Setelah seorang gadis jatuh cinta,dia akan sering tertanya-tanya mengapa aku tidak bertemu lelaki ini lebih awal.

 19. Kalau kamu masih mencari-cari cara yang paling romantis untuk memikat hati seorang gadis, bacalah buku-buku cinta.

20. Bila setiap kali melihat foto bersama, yang pertama dicari oleh wanita ialah siapa yang berdiri di sebelah buah hatinya, kemudian barulah dirinya sendiri.

21. Bekas kekasihnya akan selalu ada di pikirannya tetapi lelaki yang dicintainya sekarang akan berada di tempat yang teristimewa di hatinya!!

22. Satu ucapan ‘Hai’ saja sudah cukup menceriakan harinya.

 23. Teman baiknya saja yang tahu apa yang sedang dia rasa dan lalui.

24. Wanita paling benci lelaki yang berbaik-baik dengan mereka semata-mata untuk memikat kawan mereka yang lebih cantik.

 25. Cinta berarti kesetiaan, jujur dan kebahagiaan tanpa syarat.

26. Semua wanita menginginkan seorang lelaki yang dicintainya dengan sepenuh hati.

 27. Senjata wanita adalah airmata!!

 28. Wanita suka jika sesekali orang yang disayanginya memberi surprise buatnya (hadiah, bunga atau sekadar kata-kata romantik). Mereka akan terharu dan merasakan bahwa dirinya dicintai setulus hati. Dengan ini dia tidak akan ragu-ragu terhadapmu.

29. Wanita mudah jatuh hati pada lelaki yang memberi perhatian padanya dan baik terhadapnya. So, kalau ingin memikat wanita pandai-pandailah.

30. Sebenarnya mudah mengambil hati wanita karena apa yang mereka inginkan hanyalah perasaan dicintai dan disayangi sepenuh jiwa.

Saturday, April 28, 2012

Susu Kambing Dan Buah Kurma Rahsia Isteri Nabil Hamil (akan ku cuba)

~ Petua Supaya Mudah Mengandung ~

Khusus buat kawan2 yang masih belum dikurniakan zuriat...

Dalam rancangan TANYALAH USTAZ.....Ada dikongsikan 1 petua bagaimana untuk mudah mengandung @ hamil.

Kepada yang puas berusaha denggan bermacam-macam cara. Jangan mudah berputus asa.

Cubalah pula petua @ amalan ini....

1. Ambil 4 biji buah kurma...suami genggam 2 biji, isteri genggam 2 biji
2. Kemudian,buang biji kurma tu
3. Blend @ kisarkan kurma tadi bersama dengan susu kambing
4. Minum air campuran kurma dan susu kambing tersebut sorang segelas.
5. Amalkan sekali sahaja dalam seumur hidup.
6. Kemudian, amalkan minum susu kambing setiap hari waktu pagi.

InsyaAllah mujarab. Selamat mencuba.

Kata ustaz tadi, setakat ni, feedback yang dia terima, kebanyakannya dapat zuriat dalam masa setahun.

Cubalah, siapa tahu ada rezeki? Allah jualah yang Maha Menentukan dan Maha Memakbulkan permintaan hamba-hambaNYA...




   Akan ku cuba mengamalkannya. Insyallah. Amin.

Sekian, sekadar berkongsi maklumat dan info untuk membantu kawan-kawan yang lain.





kenangan nasi lemak and go shah alam with suami tercinta

     Pagi-pagi sediakan sarapan untuk suami...semua bahan2 membuat nasi lemak semua menjadi...tapi satu je masalahnye...nasi lemak (beras la nak uat nasi) xmenjadi....last2 masak lagi sekali terus jadi....(sory ye syg ku suamiku). Berkerut dahi aku. Suami aku terdiam tengok gelagat aku yang mengeluh. Tapi aku buat muka selamber masak balik nasi lemak tu. Akhirnya aku dan suami bersyukur dapat menikmati hidangan yang aku telah masak dengan penuh segala usaha. Selesai sarapan pergi ke shah alam selangor.

   Shah Alam...sebelum ada zuriat aku dan suami g dating balik seperti zaman belum berpuan lagi. Hehehehe... alangkah seronok menikmati keindahan yang di cipta oleh ALLAH yang MAHA ESA. Round punya round perut lapar (lupa pulak aku ni bukan pergi berdua ke shah alam. Ambik adik ipar aku dulu kat shah alam dengan anaknya untuk round2.) Pas tu makan kat Shah alam ke puchong ntah. Aku tertido dengan hawa (anak adik ipar aku). Round2 tengok kereta...lepas tu balik..Selesai...hehehe....Wassalam.

Friday, April 27, 2012

APe yE?

Apa ye nak dimasak untuk suami hari ni.. (pikiran melayang-layang eh mcm lirik lagu je..hahaha) . Kenapa ye rindu sgt pada suami. So sweet lah aku ni...piwweeettt. Best betul kerana dikurniakan perasaan ni...alhamdulillah. amin.

K-Pop

K-Pop. Super Junior dah lama jadi keminatan aku. So sweet muka dieorang. Susah nak dikata dengan perkataan keminatan aku ni.

Thursday, April 26, 2012

Kalau.....







Kalaulah dapat bunga ros mcm ni.... Kalaulah... dapat coklat... Kalaulah ???? Thing?... (tengah kebosanan...)

LATIHAN 2 MINGGUAN AGEN PEMGEMBANGAN BAGI TAJUK SKIM PENGESAHAN BENIH PADI DAN TAKLIMAT BENIH PADI CLEAR

hari khamis berkursus di sungai burong.. go with my husband n en.azmi...hehehe.. dtang2 terus sarapan mcm biase lah. Sape dah faham kerja jabatan pertanin tahu lah... Masa sebelum sarapan staf baru Jabatan Pertanian bertanya.
Siti   : Ni nanie ye?
Aku : Yelah kak..saya lah nanie yang tomel-tomel (tomel-tomel aku saja tambah. Jgn marah ye)
 Siti  : Lain lah.
Aku : Lain ke? Yelah sebab berubah dah hormon badan ni. lalalala
Pastu aku pun tinggalkan perbualan sesi perkenalan tu. Aku pergi makan bihun bersama air teh o panas (asyik sungguh). Bihunnya sedap sekali. Pakcik yang buat katering ni biasa dah aku makan kat kedai dia. Memamg masakan dia sedap. Isterinya pun sporting. (dulu pernah kerja di tanjung karang selalu la lepak kat kedai pakcik katering ni).

Dengar taklimat sambil berborak dengan kak rosidah. Tumpuan hilang sekejap ke taklimat sebab ada berita yang kurang enak kak sidah bagi tahu. Dengar punya dengar berita tu aku kecewa dengan sikap seorang hamba ALLAH yang memburukkan orang yang tidak bersalah dengan tanpa bukti. Aku kesal dan kecewa layakkah hamba ALLAh itu digelar manusia. Menuduh dan berkata tanpa bukti tentang keburukkan hamba ALLAH yang lain adalah dosa. Bukan nak bagitahu aku ni baik sangat. Tapi hanya mengingati kisah dulu. Dimana aku dituduh,disalahsangka oleh seseorang dengan hanya mendengar kata keluarga seseorang itu. Menuduh aku tanpa sebab dia ingat aku tidak layak bersuara? Aku bersuara untuk menjelaskan keadaan sebenar. Tapi habuan aku dapat teruk. Aku terima dugaan ini dengan hati tabah untuk jauh dari seseorang itu. Bila diingat hati sakit bila disebut namanya makin marah perasaan aku (YA ALLAH kau buangilah persaan tidak elok itu dari diri hamba mu ni). Aduh sedih dah... Ah!! aku dah malas pikir. Teuskan dengan taklimat tadi di sungai burong....mata makin lama makin mengantuk. Tapi demi en. rizal (pegawai pertanian sg.burong yang beri taklimat) mata di dibuka juga. Alhamdulillah telinga kanan dengar nasib baik telinga kiri kawal supaya jgn taklimat diberi tu keluar...hahaha...(mcm pelik je ayat aku ni). Selesai taklimat makan tengahari pulak.. berselera semua org makan termasuk aku tapi nak menambah lagi xleh dah perut ni nak dipenuhkan (pikir kegemukan je dah la nak kuruskan badan susah).

Selesai makan apa lagi balik lah. Sebelum nak masuk ke kereta (Myhubbie hitam) berborak dulu dengan pegawai-pegawai (semua lelaki, aku je girl..cayalah). Dah selesai berborak dan gelak sampai keluar air mata aku n husband with en. azmi balik ke pejabat husband dulu. hehehe... Selesai... (tak reti nak menulis...lawak je....) Wassalam 

Wednesday, April 25, 2012

I WORK...lalala

Pukul 3.00 ptg menghadiri taklimat di IADA Selangor (tempat i work now hehehe) yang telah diadakan di Pejabat tingkat 2. Kali pertama daku naik ke pejabat atas dimana tempat daku bekerja. Rasa ngantuk mendengarnya. Tapi ku tahan kelelapan mata ku sendiri ni. Risau gak kalau orang lain perasan. Entah nape teringan Satay je... Sedapnya. Teruskan lagi ye...lupakan Satay. Lepas habis taklimat.. Punya seronok ade makan-makan pulak... ape lagi kaki daku terus melulu masuk untuk makan. Alangkah sedapnya " BIHUN SUP" sedapnye....sampai nak tambah lagi tapi perut kate 'STOP!!' so kena stop la dari makan. Sesudah makan turun ke pejabat sendiri. Macam mengantuk..hehehe...ok lah ye...sampai sini je...(rasa mcm kelakar pulak bila first time menulis dalam blogger sendiri). So Bye... ASSALLAMUALAIKUM.

Tuesday, April 24, 2012

diri ku...

Daku hanya insan biasa yang dicipta oleh Yang Maha Esa. Diberi kekutan dalam pelbagai dugaan yang datang tanpa memikirkan ketakutan dalam diri sendiri. Daku juga insan yang tidak mengenal erti ketakutan dalam diri sendiri pada alam nyata. Tapi hakikatnya daku takut pada katakutan dalam diri sendiri untuk mencari penyelesaian dalam satu perkara yang akan berlaku pada diri ku. Tidak kisah berkawan walaupun berlainan jantina dan kaum.. Pada Pikiran ku hanya keseronokkan berkawan tanpa melakukan perkara positif. So siapa yang ingin berkawan sekadar menambah kisah dalam kehidupan didunia yang nyata ini.